Bagaimana merealisasi impian menjadi wanita yang cantik dan sihat?

Sunday, March 17, 2013

Senaman Kempiskan Perut

 
Semua wanita pasti mengimpikan perut yang langsing dan rata seperti model. Tidak dapat dinafikan bukan mudah untuk memilikinya. Tetapi usaha adalah tangga kejayaan. cubalah senaman seperti yang disarankan di bawah:

Langkah Pertama: Gaya Vakum
Berlutut di lantai seperti bentuk meja, Pindahkan berat badan kita ke lutut dan tangan (lihat gambar).

Pastikan belakang kita rata.

Tarik nafas dalam-dalam sampai perut mengembung. Tahan selama tiga saat. Kemudian hembus nafas sehingga perut menjadi kempis ke dalam dan tahan selama tiga saat.

Ulangi langkah di atas selama satu minit.

Langkah Kedua: Gaya Papan

Meniarap, luruskan kaki kita. Angkat badan kita secara pelahan-lahan dengan menggunakan lengan. Pastikan badan kita lurus seperti papan (lihat gambar).

Tahan seberapa lama yang boleh. Tidak mengapa jika kita hanya dapat bertahan sekejap. Teruskan berlatih sehingga kita berjaya bertahan selama satu minit.


Langkah Ketiga: Duduk Berpalang

Duduk di atas kerusi. Pastikan badan tegak. Letak kaki di atas lantai dan pastikan peha dan betis bersudut 90 darjah. Angkat tangan dan pastikan posisi bahu adalah 90 darjah dengan lengan (lihat gambar).
Kemudian angkat kaki kanan dan bawa siku kiri ke lutut kanan. Kembali ke kedudukan asal. Kemudian angkat kaki kiri dan bawa siku kanan ke lutut kiri pula (lihat gambar). Ulangi selama satu minit.


Langkah Keempat: Kerusi Kapten
Duduk tegak dan letak tangan di sebelah peha anda (lihat gambar).

Tarik nafas dan hembus nafas sambil mengangkat kaki ke dada (lihat gambar). Tahan selama tiga saat. Bongkokkan badan sedikit jika perlu tetapi jangan bongkok keterlaluan. Kembali ke kedudukan asal. ulang selama satu minit.


Apakah diet Atkins

Adakah anda percaya yang anda boleh turunkan berat badan anda sekurang-kurangnya 2 kg dalam masa satu minggu. Dan sekiranya anda betul-betul mengamalkannya, anda boleh dapat keputusan lebih daripada itu. Teknik ini bukanlah satu perkara yang asing di negara luar. Sudah ramai yang mengamalkan teknik ini dan ia terbukti berkesan.

Seperti yang katakan ia bukanlah satu perkara yang asing. Jika dahulu, anda mungkin tahu pakar pemakanan kini banyak menekankan aspek kalori defisit di mana kalori yang anda ambil mestilah lebih rendah daripada kalori yang terbakar. Kali ini sistem ini kurang diguna pakai terutama oleh atlet-atlet bina badan yang mengutamakan kecantikan tubuh dan menitik beratkan soal pemakanan.

Kaedah ini digelar diet rendah karbohidrat
Konsepnya mudah sahaja, anda hanya perlu singkirkan segala sumber karbohidrat dalam diet anda kepada serendah yang mungkin. Jika dalam diet harian kita memerlukan nasi, kini anda perlu menolak nasi dan digantikan dengan sumber makanan yang lain. Sumber yang terbaik ialah sumber protein, seperti dada ayam, putih telur, dan sebagainya. Anda juga seboleh-boleh mengelakkan sumber fruktos iaitu buah-buahan yang kaya dengan fruktos kerana ia juga sejenis gula yang boleh membentuk lemak. Suka minum air-air yang manis? Kini sekiranya anda ingin mengurangkan kandungan karbohidrat atau gula dalam badan anda, anda perlu kurangkan minum air manis dan gantikannya dengan air kurang gula. Jangan risau kerana banyak produk minuman rendah gula 0 kalori berada di pasaran. Cuma anda sedikit bermasalah sekiranya anda makan di kedai-kedai mamak. Jika anda sering order teh ais, kini anda perlu order teh o ais untuk mengurangkan kadar gula tersebut.

Kajian menunjukkan kandungan gula yang tinggi di dalam darah sekiranya tidak diserap oleh tisu-tisu sebagai tenaga, ia akan disimpan menjadi lemak. Apabila kandungan lemak menjadi tinggi maka dengan mudahlah ia terbentuk di bahagian-bahagian yang tidak diingini. Anda merasakan diet ini sangat menyusahkan? Jangan risau, anda masih boleh memakan segala bentuk makanan yang anda mahukan pada hari tertentu yang dinamakan ‘cheat day’.

Apa itu ‘cheat day’?
‘Cheat day’ ialah hari dimana anda dibenarkan memakan apa saja bentuk makanan yang anda inginkan tetapi ia hanya dibenarkan seminggu sekali sahaja selepas anda mengamalkan diet yang ‘kurang seronok’ tetapi efektif. Hari tersebut membantu anda konsisten dalam meneruskan diet anda selama seminggu. Anda boleh menetapkan mana-mana hari dalam seminggu untuk dijadikan ‘cheat day’ dan selalunya hari sabtu atau ahad merupakan hari terbaik untuk anda makan sesuka hati tanpa sedikit rasa risau.
Berat anda bertambah dengan mendadak pada hari ‘cheat day’? Jangan risau kerana ia hanya kekal selama 24 hingga 48 jam sahaja. Kemudian, berat anda akan kembali kepada normal semula. Diet jenis ini merupakan diet yang berkesan untuk mengurangkan berat badan 2 hingga 3 kg dalam masa seminggu. Sekiranya anda jenis yang obes, anda dapat kurangkan hingga 5 kg dalam masa seminggu sekiranya anda betul-betul ikut dengan diet yang diamalkan.

Tetapi sekiranya anda merasakan diet ini sukar, jangan terlalu mendesak. Anda boleh kurangkan secara perlahan-lahan sepanjang minggu. Mengambil saya sebagai contoh, saya hanya menukarkan nasi sahaja kepada bentuk makanan yang lain tetapi masih makan seperti biasa dan kemudian saya tukarkan sumber-sumber karbohidrat sedikit demi sedikit.

Masih tidak boleh juga? Mulakan ia dengan sarapan yang kaya dengan protein dahulu. Sekiranya anda sudah biasa, anda boleh tukarkan diet anda pada makan tengah hari, petang dan malam. Dan pada hari minggu, makanlah sebanyak mana yang anda inginkan tetapi cuba untuk lakukan sedikit latihan angkat berat sebelum anda memulakan aktiviti anda itu.

Hasilnya? Menakjubkan! Cubalah untuk mengetahui hasilnya.

khasiat teh hijau

Jom baca kelebihan minum teh hijau..
  • Membantu menurunkan paras kolestrol & menjaga tekanan darah (sama seperti Oat .)
  • Menyembuhkan lelah & batuk .
  • Membantu memperkuatkan sistem kekebalan tubuh badan untuk melawan penyakit .
  • Menghancurkan bakteria yang menyababkan plak dan kerosakkan gigi (macam ubat gigi !)
  • Membantu mencegah dan menghancurkan  sel-sel kanser .
  • Mencegah penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung . 
  • Mampu mengurangkan stress dan membantu mengendurkan saraf . Boleh cegah penyakit seperti amnesia & demensia .
  • Mampu menyihatkan kulit wajah menjadi lebih berseri , rambut sihat , dan mengurangkan tanda-tanda penuaan .
  • Mengurangkan ruam & alergi .
  • Melindungi payudara dari serangan kanser .
  • Menggalakkan pembakaran lemak .
  • Mengekalkan kecergasan memori dan fungsi otak . (Pelajar digalakkan amalkan minum teh hijau) 
  • Mencegah mulut berbau .
  • Melindungi paru-paru dari racun rokok .

senaman mencantikkan kaki dan peha

Emmm...cantiknya kaki. tentu ramai wanita rasa cemburu kan..
Ramai wanita telah berjaya mengurangkan berat badan tetapi bentuk paha dan kaki masih besar seperti sebelum berdiet dahulu. di sini terdapat senaman kaki dan peha yang disarankan untuk memperoleh bentuk kaki yang lebih menarik.


Senaman
Langkah 1: Kepitan Bantal Semasa Duduk (untuk bahagian dalam peha)
senaman peha 1
Seperti yang dapat dilihat dalam gambar di atas, duduk di atas kerusi(tanpa roda) kemudian bengkokkan kaki ke sudut 90 darjah. Kemudian letak bantal diantara dua peha, hembus nafas semasa anda menekan bantal itu menggunakan kedua belah peha. Tahan untuk 1 minit dengan bernafas seperti biasa. Kemudian lepaskan dan lakukan langkah yang ke 2
Langkah 2: Tekan tangan sambil duduk (untuk peha luar dan pinggul)
senaman peha 2
Duduk di atas kerusi tanpa roda. Kaki bengkokkan pada sudut 90 darjah seperti dalam gambar. Letakkan tapak tangan di sebelah luar lutut. Sambil mengekalkan kedudukan tangan dan tapak tangan, tolak lutut ke luar melawan tapak tangan, seperti anda ingin menolak tapak tangan itu ke luar. Dalam masa yang sama, tekan tangan ke dalam untuk mengelakkan daripada peha itu tertolak ke luar. Tahan kedudukan ini untuk 1 minit sambil bernafas seperti biasa dan kemudian teruskan dengan Langkah 3
Langkah 3: Angkat kaki sambil duduk (untuk bahagian depan peha)


senaman peha 3
Duduk di atas kerusi(tanpa roda). Rehatkan kaki anda di atas lantai dengan bengkokkan pada sudut 90 darjah. Letakkan tangan di bahagian sisi kerusi. Hembus nafas semasa anda mengangkat dan melunjurkan kaki kanan. Tahan kedudukan ini untuk 30 saat dengan bernafas seperti biasa. Kemudian tarik nafas semasa anda menurunkan kaki kanan tersebut. Kemudian tarikh nafas untuk kaki kiri pula. Tahan 30 saat sambil bernafas seperti biasa. Kemudian Hembus nafas untuk turunkan kaki kiri. Kemudian teruskan ke Langkah 4.
Langkah 4: Jambatan duduk (untuk bahagian belakang dan tepi peha)
senaman peha 4
Duduk pada bucu sebuah kerusi(tanpa roda). Letakkan kaki di atas lantai dengan lutu dibengkokkan pada sudut 90 darjah. Letakkan tapak tangan di atas kerusi dan di sisi anda. Hembus nafas semasa anda mengangkat pinggal dan benarkan tapak tangan dan kaki untuk menampung berat anda. Tahan untuk 20 hingga 60 saat sambil bernafas seperti biasa. Kemudian lepaskan. Kembali ke Langkah 1.
Ulang langkah 1 hingga langkah 4 sekali lagi, dan akan telah selesai untuk senaman hari ini.